1dp3dt
Bed rest di hotel.. Makan baring je. Selera makan memang ok kali ni.Malam selepas et rasa susah sikit nak tidur. May be perubahan tempat tidur atau mungkin disebabkan ubat2an.
Bila nak bertolak balik rumah rasa sedikit sakit pinggang sebab agak lama dalam kereta. Jalan jem la pulak..
2dp3dt
Bed rest kat rumah pulak. Takde lah bed rest sepanjang masa. Bangun jugak masak simple2. Tekak pun takleh nak telan sangat mkanan kedai. Buat jugak keje2 ringan basuh pinggan sikit2.
Lepas buat keja rasa sakit mencucuk bahagian kanan pinggang. Huhu.. bed rest je lepas tu.. sakitnya on off gitu..
3dp3dt
Bangun pagi tak rasa sakit apa2. Hari ni kena jab Hucog yg kena prepare sendiri. Biasanya sebelum ni En. suami yang sediakan. Dah dia keje kenala buat sendiri. Lepas ambil hucog dah rasa sakit semula. Rasa cramp tu.
4dp3dt
Hampir setiap malam tidur yang tak berapa nak lena. Mesti terjaga tengah malam. Berpusing kiri kanan. Bangun pagi en.suami belikan breakfast roti canai & kuih2. Tak berapa selera nak makan. Just makan kuih, roti canai separuh & minum susu. Masa mandi tgh2 gosok gigi rasa loya. Terus terkeluar semua isi perut. Apasal ni? Sebab angin kah? Mlm td pun makan pun tak lalu.. memang banyak angin pun dalam badan sekarang ni. Adakan sindrom OHSS sedang melanda? Oo.. tidak
Itu je dulu utk 1st 2ww ni..
Tuesday, 19 January 2016
Monday, 18 January 2016
ET day...
15/1/2016
Sehari selepas OPU aku dikehendaki call ivf centre untuk tahu bila tarikh embrio transfer. Dimaklumkan prosesnya pada hari ke-3. Bgtau bila dah sampai penang bridge minum siap2 air 500ml. Yg jadi masalahnya pagi tu aku ada masalah cerry berry may be disebabkan ubat cuci usus yg diambil 2 hari sebelum...segala air yg diminum keluar dan bladder kosong.
8:00: breakfast dulu kat cafe hospital. Terus minum air banyak2
8.30: Di ivf centre terus dipanggil tukar baju sebab orang yang pertama. Alamak.. tak rasa nak kencing lagi. Nurse paksa minum air lebih banyak lagi..
9.00: Doktor dah sampai then teruskan embrio transfer. Tak lama pun proses tu.
9.30 : baring dan rehat dulu. Doktor datang terang dia dah masukkan 2 embrio sahaja. Daripada 7 ovum yg dapat 3 sahaja yang jadi embrio. 1 lagi low qualiti. So tak ada simpanan la.hmmm..
10.00: Dah tak tahan sangat nak kencing so bangun untuk ke toilet. Lepas ambil ubat & mc dah dibenarkan balik pun. Cuma pandai2 la jalan slow2..
11.00: En.suami bagitau kita tak payah balik rumah lagi. Tup2 dia bawak pi check in hotel Eastin berhampiran Queensbay. So kita bed rest kat hotel je.
Maka bermulalah 2WW ku..

Sunday, 17 January 2016
OPU day..
13/1/2016
Pagi2 lagi dah sampai di hospital untuk register admission. Terus ke wad still awal sebab giliran utk opu orang ke-3. En. Suami sepatutnya ke pusat ivf utk ambil sperm. Minta kebenaran nurse untuk teman dia. Nurse agak susah beri kebenaran tp lepas dia bincang dgn ivf centre dibenarkan untuk 'proses' di bilik wad tu memandangkan bilik masih kosong. Nurse kata dia akan lock pintu bilik dari luar dan alarm bila selesai..hihi
8.30 :nurse dah sambungkan jarum dan beri antibiotik & ubat separa sedar.
9.30: disorong ke bilik ivf diberikan ubat tidur terus. Tak tau bila prosidur mula, disorong balik ke wad.
2.00: baru sedar.. mintak air dan baru rasa lapar sbb puasa dari malam sebelumnya.
3.00 : nurse datang berikan ubat, terangkan apa2 yang patut.Dia bagitau dah boleh balik kalau dah rasa ok.
5.00: Siap2. Check out dari hospital
Wednesday, 13 January 2016
Ivf ku..
Assalamualaikum...
Tengok tajuk pun dah tau my next level mencuba melalui ivf. Pi consult dgn pakar fertility tu pun terus dia cadangkan buat ivf. Lagipun aku ke sana suggestion kawanku yg mengatakan ramai yg berjaya conceive dgn doctor ni. First time pi jumpa doktor ni punyala lama menunggu kerana betapa ramainya patients dia. Mostly chinese and indonesians.. bayangkan yang dari Medan @ Jakarta datang mai buat treatment dengan doc Ng di Penang ni..melayu jarang2 je. Sebenarnya sebelum ni nak try dengan LPPKN tp rawatan seterusnya kena pergi ke Ipoh @ Kuala Lumpur..jauh tu.
Berbalik kepada ivf ku.. hasil result ujian menunjukkan ovariku hanya ada sebelah..so doctor hanya dapat ambil telur dr ovari kiri sahaja. Ovari kananku rosak akibat operation buang ovarian syst suatu masa dulu. My husband pulak ada masalah sperm countnya x banyak. Tp melalui ivf ni masalah dapat di atasi..
So doktor ambil prosedur yang long term utkku. Start awal cuti sekolah tu maka bermulala appointment2 & ambil ubat itu ini lebih kurang 6 minggu. Kos lebih kurang rm4K..Ingatkan boleh start prosedur dalam cuti sekolah tapi terlajak jugak..
Next prosedur next entry

Tuesday, 12 January 2016
Kembali ttc...
Assalamualaikum w.b.t
Masih wujud lagi blog ku ini? Nasib baik masih ingat nak password nak login blog ni.. entry terakhir 2013?
Oo.. emm.. gee.. ok tuan tanah mai nak sapu sawang2 dulu.. x banyak cerita ttc yang dikumpul dalam masa 2 tahun lebih ni..
Dan sekarang dah kembali nak berusaha & nekad untuk ke level seterusnya. Semoga Allah permudahkan segalanya..
Insyaa Allah akan kutitipkan segalanya di sini untuk tatapan di masa hadapan.

Subscribe to:
Posts (Atom)