Saturday 30 June 2012

Dah tau apa puncanya...

Salam. Aduh.. lamanya blog ni tak diupdate. bukannya tak ada story yang nak disampaikan cuma tahap kerajinan tu yang tak ada...Huhu..sadis sunnguh..Walaupun blog ni tidak diupdate tapi tuannya sempat juga terjah blog orang lain untuk mengetahui perkembangan terkini masing-masing..

Berbalik pada tajuk entry.. alkisahnya kami dah pergi berurut dengan seorang bidan di utara ni.. Bidan ni dengarnya orang yang banyak tahu menahu la pasal sakit puan ni kerana dia ni bekas staffnurse di hospital. Umur dia dah 70an tapi masih kuat. Ramai yang pergi berurut dengannya. Nak berurut tu siap tunggu giliran, kena ambil nombor dulu. macam nak jumpa dengan gynea pulak..huhu.. Kebanyakkan yang pergi berurut dengan dia sebab ada masalah dengan kandungan, berurut selepas bersalin, berurut badan, ttcian, banyak kes jugak la..

Bila dah sampai giliranku, dah bersoal jawab serba sedikit maka dia pun chek la apa masalahnya. Urut perut, urut belakang, dan lepas tu dia pakai glove.. Faham2 je la dia nak buat apa kan. Dia hanya gunakan jarinya then dia kata.. 'dah tau dah apa sebabnya... kedudukan rahim tak betul'. Dulu pernah berurut, bidan dulu pun bagitau macam ni jugak.. Bidan tu pun urut2 la apa yang patut. Dia suruh datang lagi nanti untuk lihat kedudukan tu beralih ke tak. kalau ye, kenala berurut lagi..begitula seterusnya..

Itula usahaku untuk bulan ni.. Bulan lepas tak diupdate sangat coz p.j.j dengan suami..

2 comments:

  1. Assalam anida...

    moga usaha awak kali menjanjikan yg terbaik...;)..
    mudah2an lekat lps ni...Amin~~~

    ReplyDelete
  2. W'salam.. Amin~Harap2nya begitu la..tapi macam biasala, tak nak terlalu berharap. takut sendiri kecewa. Kita usaha+doa+ tawakal..selebihnya kita berserah pd-Nya..

    ReplyDelete