Sunday 22 July 2012

First Day Puasa

Alhamdulillah masih diberi peluang untuk menunaikan ibadah puasa tahun ni. Apabila puasa mula la kaum ibu(walaupun aku masih belum bgelar ibu..huhu) sibuk memikirkan juadah utk hidangan berbuka atau bersahur.

Hari pertama kitorang bersahur menu simple je. Tapi bila time berbuka mestila kena spesial sikit kan. Berbuka di rumah mil so dah pakat dgn sil2 utk buat potluck berbuka. Menu yg disediakan olehku:
1. Kari ikan talang masin
2. kerabu mangga
3. puding karamel

My sil dh bgtau jangan masak banyak2 sebab dia sendiri dh masak banyak:
4. ikan bakar
5. gulai nenas+udang
6. sambal/ air asam

And then ada hidangan lain yg dibawa oleh adik beradik lain di beli di pasar ramadhan:
7. ayam pusing
8.satay
9.goreng cempedak, serawa pisang- homemade
10. air

banyak jugak rupanya hidangan bila masing2 bawak. Walaupun banyak alhamdulillah semua dpt dihabiskan.

posted from Bloggeroid

Cerita sebelum puasa





Ni cerita sebelum puasa. Hari jumaat biasala kawan2 kat tempat kerja ajak buat potluck. Tapi kali ni lain sikit. Bukannya masing2 bawa makanan tp kitorang collect duit. So inila menunya..
1. nasi arab
2. satay
3. mihun sup
4. rojak buah
5. kek
6. kuih raya..hihi

posted from Bloggeroid

Saturday 7 July 2012

Homemade pineapple tart

Mood untuk mencuba resepi kuih raya..then teringin nak try buat tart nenas sendiri.biasanya tiap2 tahun mesti beli tart nenas ni sebab hubby suka sangat dengan tart ni.

Bila beli tu biasa la..ada je rasa yg tak kena. So raya tahun ni nak try buat sendiri je la..Bila buat sendiri tu biasala first time memang x berapa nak jadi tapi okla nak makan sendiri.So bolehla improve lg next time..huhu






posted from Bloggeroid

Wednesday 4 July 2012

W.W

Masih lagi berkursus
2-6 Julai 2012
Bosannyaaa...
posted from Bloggeroid

Monday 2 July 2012

Medan view..

Cerita lama yg baru nak diupdate.
Dah basi dah pun..huhu
Tapi upload jugak mana2 gambar
yg ada kat dalam fon
Gambar2 lain banyak yg kat
Dalam kamera


Swimming pool hotel Patra Jasa
di Parapat



@ Sinabong Hills Resort di Berastagi 



Masjid Raya
posted from Bloggeroid

Saturday 30 June 2012

Dah tau apa puncanya...

Salam. Aduh.. lamanya blog ni tak diupdate. bukannya tak ada story yang nak disampaikan cuma tahap kerajinan tu yang tak ada...Huhu..sadis sunnguh..Walaupun blog ni tidak diupdate tapi tuannya sempat juga terjah blog orang lain untuk mengetahui perkembangan terkini masing-masing..

Berbalik pada tajuk entry.. alkisahnya kami dah pergi berurut dengan seorang bidan di utara ni.. Bidan ni dengarnya orang yang banyak tahu menahu la pasal sakit puan ni kerana dia ni bekas staffnurse di hospital. Umur dia dah 70an tapi masih kuat. Ramai yang pergi berurut dengannya. Nak berurut tu siap tunggu giliran, kena ambil nombor dulu. macam nak jumpa dengan gynea pulak..huhu.. Kebanyakkan yang pergi berurut dengan dia sebab ada masalah dengan kandungan, berurut selepas bersalin, berurut badan, ttcian, banyak kes jugak la..

Bila dah sampai giliranku, dah bersoal jawab serba sedikit maka dia pun chek la apa masalahnya. Urut perut, urut belakang, dan lepas tu dia pakai glove.. Faham2 je la dia nak buat apa kan. Dia hanya gunakan jarinya then dia kata.. 'dah tau dah apa sebabnya... kedudukan rahim tak betul'. Dulu pernah berurut, bidan dulu pun bagitau macam ni jugak.. Bidan tu pun urut2 la apa yang patut. Dia suruh datang lagi nanti untuk lihat kedudukan tu beralih ke tak. kalau ye, kenala berurut lagi..begitula seterusnya..

Itula usahaku untuk bulan ni.. Bulan lepas tak diupdate sangat coz p.j.j dengan suami..

Sunday 10 June 2012

Blog terbiar sepi

Sudah lama blog ni terabai
Kerana tuannya takde story
Yg nak diupdate
Lagipun sepanjang waktu cuti
Berada di kampung maka
Line internet pun tersangatla laju
Dengan line gprsnya itu..huhu

posted from Bloggeroid

Sunday 20 May 2012

Salam dari Medan


Hari terakhir di Medan. dah nak berangkat pulang ke Malaysia dah pun. aktiviti kat sini pusing2 tasik Toba.. hingga ketemui lagi..:)

posted from Bloggeroid

Monday 14 May 2012

Homemade blueberry cheese tart

Teringin punya pasal, dan tak tau nak beli kat mana last2 google resepi, cari bahan buat sendirik jela.. Inilah rupa myfirst time buat sendiri tart ni. Rupanya memang tak cantik asalkan bila makan sedap, jadila. huhu..angkat bakul sendiri nampak..




Agak cerewet jugak nak buat sendiri ni. Lagila kalau guna sarang yg kecil2 comel macam ni. Memang bercinta jugak la nak habiskan. Anyway berjaya la jugak aku buat sendiri.

posted from Bloggeroid

Wednesday 2 May 2012

Bila nak masuk rumah sendiri ni?

Rumah sudah siap tapi pahat masih berbunyi?
Itu peribahasa.. tapi lain pulak masalah rumahku
Rumah sudah siap tapi CF belum dapat lagi
Hanya dapat penyerahan kosong baru
Bila la agaknya baru betul2 dapat masuk?


Rumahku biasa2 je..takdela besar sangat
Rumah semi-D  
ada tanah tepi yang luas jugakla
plan nak renovate sikit tambah tepi
buat dapur lain dengan ruang family
betul2 berhadapan dengan taman permainan
ni je gambar yang ada tak sempat nak capture banyak2
sebab balik sana kadang2 aje




posted from Bloggeroid

Monday 30 April 2012

Selamat menjadi ibu

Ucapan yang ditujukan kepada kawan2ku yang dah berjaya conceive dan dah selamat melahirkan dah pun. Kawan A yg sama2 berttc lebih kurang mcm kami jugak hampir 4 tahun menunggu akhirnya dah berjaya.
Semalam kami ke majlis kenduri cukur jambul anaknya. Macam biasala ada soalan cepu emas yg keluar daripada mulut orang tua depa tu. Maklumla anak dia dengan kami sama2 lama menanti.Anak dia dah ada dulu. Tapi tak ambil hati pun dengan soalan tu mungkin mak dia nak berbasa basi je kot..
Sempat jugakla bertanya diorang berikhtiar macam mana. Katanya pergi mengurut dengan mak bidan ( bidan hospital). so ambil no tel, bertanyakan alamat, mesti cuba jugak nanti ni..fikir kami.

Kisah kawan B pulak dah berjaya conceive selepas 2 tahun berttc. Sebelum dia duk berjauhan dari suami di Sarawak nun. Tp sekarang dah dapat tukar ke sini.Dia pun dah selamat melahirkan dah pun baby girl. Tapi tak sempat pergi melawat pun lagi memandangkan dia berpantang di kampungnya di Kelantan. Kawan2 lain semua dah pergi melawatnya cuma aku je belum. bukan taknak pergi tapi sedikit sibuk dan mungkin ada rasa sedih sikit..biasala pilu je bab tengok baby orang ni..

Usahaku bulan ni pergi sambung ubat homeopethy tu coz ubat dulu hanya untuk sebulan jer.Setakat sebulan makan sebelum ni rasanya tak ada perubahan yg ketara sangat. Tp ustaz tu bgtau adalah perubahan sikit berbanding dengan masa first time datang dulu. Harap selepas ni adalah perkembangan yg baik nanti.Insyaallah.kita hanya berusaha, berdoa dan bertawakal.Selebihnya biarlah Allah yang tentukan..
posted from Bloggeroid

Friday 27 April 2012

Update blog sebelum tidur

Salam di malam Jumaat. Apa agaknya ttcian lain buat di kala ini ye..ambil berkat kah? hihi..Saya baru je nak menarik nafas lega setelah menghadap kerja dari pagi sampai ke malam. Nak ambil berkat malam ni? mana boleh..masih CD4 ni..so sebelum pejamkan mata duk baring2 ni sempatla menaip untuk upate blog ni..

Bercerita tentang CD macam pelik pulak bulan ni. Datangnya sikit aje.. Tak heavy flow seperti bulan2 lepas yang tersangatla banyak. Nampaknya bulan ni cepatla 'kering' coz sekarang ni hanya tinggal spotty saje.

Sebenarnya walaupun cik P datang menjengah kali ni tapi takdelah rasa frust sangat bulan ni sebab dah boleh agak dah.. Lagipun kalau dah ada terpaksala batalkan trip ke Medan bulan Mei nanti.Tiket ke sana dah booked lama dah.Ada la hikmahnya tu..takpe usaha lebih gigih lagi untuk this cycle...
posted from Bloggeroid

Monday 23 April 2012

Tepat pada waktunya

Kali ni xde terawal atau terlewat cik P mai..sharp on time cd28. Dalam 6 bulan terakhir ni cycle paling lama 30 paling pendek 26 hari. Yang paling banyak cycle 28. Tak pernah lagi terdelay lebih dari 30 hari.

So memang dah sedia maklum, tak sempatnya nak test UPT. Dah lama tak beli benda alah tu. Ingat dulu awal2 kahwin cik P tak berapa nak betul lagi so sibukla nak buat upt. Lepas je test, terus period. huhu..pas tu dah tak beli dah pregnancy test.

posted from Bloggeroid

Saturday 21 April 2012

kucing siapa ni?


post kali ni offtopic sikit dr ttc. kucing siapala yg ikut aku balik rumah ni? time tu aku baru balik sekolah. nak naik tangga naik tingkat 2 tengok ada kucing ni duk mengiau-ngiau.buat panggil2 sikit terus ikut aku naik ke rumah. bila kita buka pintu rumah tanpa segan silu terus masuk rumah kita..kidnap la sekejap kucing ni.hihi.

kalau tengok dari rupa mungkin kucing ni milik jiran aku yg duk kat bawah.mungkin time keje tuannya tinggalkan kat luar.sebab lepas tu dah jarang nampak kucing ni.itula yg susahnya nak jaga kucing kalau duk rumah flat kuarters yg macam ni. susah nak jaga kucing ngan nak bercucuk tanam..eii tak sabarnya nak masuk rumah sendiri.

ni pulak kucingku yg kat kampung. kucing yg mengada-ngada.suka sangat mengacau time kita nak online..tengokla gayanya..ggrr..

posted from Bloggeroid

Wednesday 18 April 2012

Wordless Wednesday

Perasaan tidak enak itu datang lg..
Apa lagi kalau bukan angin PMs :(
pict credit to google
posted from Bloggeroid

Monday 16 April 2012

Susu Anlene

Last week badan rasa tak sedap betul
Sakit perut + sakit pinggang + sakit belakang
Tapi takdelah sakit yang terlampau2
Still dapat bertahan lagi
Semalam hubby ajak pergi Carefour
cari susu Anlene sebab aku ni asyik merungut
sakit pinggang la..sakit belakang la
Tak cukup kalsium la tu katanya
Tapi maybe betul jugak sebab
aku bab2 minum susu ni memang surender
betapa tak sukanya minum susu
dah berapa lama aku tak minum susu tepung
tapi nasib baik susu Anlene ada yang perisa coklat
So ambil la 1 paket yang 1kg punya
dan yogurt Anlene perisa mangga
Pada mulanya ingatkan susu ni rasa macam
susu2 yang lain tapi rasanya boleh tahanla..
Dan hari ni kesan sakit2 badan tu dah tak rasa sangat dah
Rasanya macam dah tak apa2
Semuanya macam okey je..

Saturday 14 April 2012

Kelaparan

Pagi tadi dalam pukul 6 dah terjaga dengar orang azan. tp tak taula terjaga sebab orang azan ke atau sakit perut.Rasa macam memulas pun ada. Terus masuk toilet and duk `termenung' sat. Dah selesai hajat then solat. Biasanya hari Sabtu mcm ni kalau lepas Subuh je sambung tidur balik.huhu..tak senonoh betul.

Tapi perut masih terasa sakit lagi..opss bukan sakit ni tapi kelaparan ni. Perut rasa kosong sangat padahal malam tadi makan bukannya tak makan. Tp makan mi hailam je tak cukup kot. So aku batalkan niat nak sambung tidur tu terus ke dapur.

Serius belum pernah dalam hidup aku bangun awal2 pagi cari makan (kecuali time sahur la).Kali ni lapar sangat2. Malas masak capai je benda yang dah ada di dapur tu. Ada kek pisang so makan la sepotong dua. Ingatkan dah kenyang masih lapar jugak lagi. Then bancuh Milo pulak cicah ngan biskut cream cracker pun jadila.Barula rasa ok sikit.

Pelik betul selera aku pagi ni. Maybe malam tadi tak jumpa nasi kot. Tp sebelum2 ni pun tak makan nasi pun ok je..Ni yang aku heran ni. Mulala nak ada perasaan atau terperasan pregnant ni.huhu.. Tarikh next period lambat lagi ni,lagi seminggu. Kalau dah lewat leh la jugak wat upt..hmmm..kita wait n see je lah...

posted from Bloggeroid

Thursday 12 April 2012

Pengalaman gegaran 11.4.2012

Trauma sekejap...itulah yang aku rasa kelmarin. maklumla aku tak pernah alami peristiwa begitu. Aku rasa bukan semua rakyat Malaysia yang rasa seperti aku rasa pada hari tersebut.

Peristiwa berlaku masa aku duk baring2 rehatkan badan nak tidurla kononnya. Maklumla hari cuti umum katakan, so hari untuk bermalas-malasan.Belum sempat nak lelapkan mata tiba2 rasa katil bergoyang. Spontan aku terus terbangun. Abg yang sedang surf intenet kat luar terus datang ke bilik. Dia ajak untuk keluar dan turun ke bawah(rumahku di tingkat 2 dari blok 4 tingkat).Aku bertanya pada abang masih terasa lagi ke gegaran atau aku ni yang pening or mamai2. Abang kata masih ada gegaran sebab tu bergoyang. Aku tukar pakaian dulu capai tudung then turun bawah.

Sampai bawah jiran india yg duduk di ground floor tu sibuk bercerita dalam rumah dia bergegar.Aku dengar je la. Tak lama duk kat bawah dah rasa macam stabil sikit kitorang naik ke atas semula. Tapi ada jugak gegaran susulan yang berlaku.nasib baik rasa bergoyang tu sikit saje.

Malam pulak dah tak sedap hati nak tidur. Rasa macam masih ada gegaran sebab rasa macam bergoyang. Padahal perasaan aku je tu. Mungkin sebab trauma petang tadi tu masih terasa. Perasaan macam kita mabuk laut,walaupun sudah tidak berada di laut still rasa teroleng2 lagi. Macam tulah rasanya. Sehinggakan aku tak lena tidur malam.Terbangun pagi tadi pun bukan sebab bunyi alarm tp rasa macam bergoyang...Harap2 takde lah lagi berlaku macam ni.
posted from Bloggeroid

Tuesday 10 April 2012

Kenapa ni???

Dah dua hari perut tak berapa selesa
Rasa sebu, cramp, macam kembung..entahla
macam cik P nak mai ye jugak
tapi kalau ikutkan lambat lagi tarikhnya
Yang pasti baru jadi maybe lepas ovulate
tak pernah lagi rasa macam ni
kenapa agaknya ye
tak tau la berlarutan sampai bila
nak pergi klinik malas rasanya
sebab sakitnya takla terlalu kronik
yang sedihnya terpaksa  rasa sakit sendirian
sebab en. hubby takde disisi sekarang
kerana dia terpaksa ke Terengganu
ada projek studynya itu
nasib baik perginya kejap je
kalau lama2 tak sanggup duk sorang2 gini
sunyi....

Friday 6 April 2012

Leganya bila weekend

Hari ini aku cuti 
coz sekolahku ambil cuti peristiwa
sempena cuti good friday
so apa lagi..sukanya hati
bila dapat cuti bersambung dengan weekend pulak tu
tapi yang tak bestnya sekolah hubby pulak
yang tak cuti
so takleh nak kemana2
duduk di rumah je la
rehatla sepuas2nya
layan blog..update2 sikit, blogwalking sana sini
jengah2 blog ttcian & jadi follower diorang
padahal ada je kerja yang belum settle 
tapi hari cuti kan
rasa malasnya nak memikirkan kerja
kalau fikirkan kerja selagi belum bersara
macam tu la tak akan habis-habis
baik kosongkan fikiran daripada fikirkan
masalah kerja..sekali sekala je..

Tuesday 3 April 2012

Usia semakin berganjak

Hari ini usiaku dah melangkau ke angka 3+
Sungguh cepat masa berlalu
begitu juga dengan usia perkahwinan
yang dah semakin bertambah
namun ahli keluarga tetap juga
belum bertambah masih lagi berdua
bilakah agaknya akan bertiga
setiap kali tiba tarikh yang bermakna
tidak kira anniversary or birthday
pasti soalan hadiah yang menerjah
namun aku tidak mengharapkan apa2 yg special
melainkan 'hadiah' yang satu itu sahajalah
yang pasti ditunggu-tunggu.....


Saturday 31 March 2012

Homeopathy pulak...

Minggu lepas my sil ada bagi cadangan untuk pergi berubat cara homeopati pulak. Katanya ada seorang kawan yg masalah lebih kurang macam aku dah berjaya conceive. Memang ada berhajat sebelum untuk mencuba cara homeopati tapi ada je aral..

Oleh kerana alamat yang diberi tu dekat la jugak, so kitorang tanpa tunggu lama2 terus pergi ke tempat tu hari ni. Sebelum pergi aku dah baca dah testimoni orang yang pernah mencuba kaedah homeopati ni. Macam2 pendapat, ada yg dah berjaya conceive dan ada yang masih terus mencuba. Aku pergi ni pun salah satu ikhtiar la kan...

Sampai2 je kat sana takde orang yg sedang berubat. so terus jumpa dengan ustaz tu.. Ustaz tu gunakan rambut kita untuk kenalpasti apa masalah kita. Apa yang dia diagnose 

1. masalah sist - hanya masalah kecil 20% sahaja yg mengganggu ( sama mcm doc kata)
2. masalah tiub- kanan ok, kiri 20% problem ( doc bgtau xde problem, tp tu 3 tahun yg lalu.)
3. masalah hormon - tak stabil 60% ( doc x penah lak komen pasal hormon2 ni) tapi aku akui bab hormon memang mcm ada masalah...
4. ovum ok..
5. bagi huby pula jumlah sperm ok, banyak tapi  masalah mortaliti dia kurang sikit..30% saje. kalo lebih 60% baru ok katanya..

So daripada problem tersebut dia bagi la ubat homeopati tu pd kami.Dua2 orang kena makan. Jumlah bayaran untuk ubat sahaja RM160 ( suami& isteri). Lepas tu kami buat terapi gelomabang kat situ setengah jam RM20. Kalau 2 orang RM40 la kan.. So semua sekali RM200 untuk first treatment ni.

Ustaz tu bagitau seelok-eloknya datang berubat dengan dia sekurang2nya 7x kalau tiada apa2 perubahan. Lagipun ubat yang diberi tu hanya bekalan mungkin untuk sebulan je. Lepas habis pergi sambung lagi. Ubat homeopati ni ada pantang larang dia jugak. Antaranya:

1. Tidak boleh makan bersama2 dengan jamu, herba,akar kayu dikhuartiri ada herba yang panas. Makan ubat hospital seperti clomid tu takpe...
2. Tidak boleh ambil minuman berkafein, air gas.
3. Tidak boleh letakkan ubat ni berhampiran dengan alat elektonik yang ada gelombang seperti tv, radio,handphone, microvave dll... 

Ok la itu saje cerita untuk kali ni..nak pergi makan ubat homeopati untuk hari pertama ni..Mudah2an ada rezeki nanti..amin..
 

Tuesday 27 March 2012

Normal ke abnormal?

hari ni dah hari ke2 cik P mai..
memang lain daripada bulan2 sebelumnya..
hari pertama & kedua memang heavy flow
campur pulak dengan yg bketul2
normalkah? atau abnormal kah kalau macam ni?
atau mungkin juga kesan daripada aku
ambil supplement sebelum ni?
harap2 semua tu kesan yang positif la..

mode : berharap dan terus berharap

Monday 26 March 2012

Berita Gembira

Dapat berita gembira sepatutnya kita gembira 
nak gembira macam mana, 
bukan kita yg dapat berita gembira tapi orang lain...
orang yg berdekatan dalam hidup kita 
jadi tumpang gembira jela... 
walaupun dalam hati timbul rasa iri hati 
yela kita yang dah lama menunggu tup tup 
orang yang dalam mood honeymoon pula yang lekat dulu 
rasa macam makin rendah diri 
setelah sekian lama menanti 
 tetap masih macam ni
Bersabarlah wahai hati...


Saturday 24 March 2012

Stressed...

Stress kerja + stress dalam ttc..
macam mana la nak succes ttc kalo macam ni
Fikiran sentiasa tak tenang 
walaupun dalam ber'honeymoon'
nasib baik hubby seorang yang cool & penyabar
tapi sampai bila akan terus bersabar kan??
Risauu...
stressed..

"That moment when you burst out crying on your room 
and you realize that no one knows how unhappy you are." 

Ya Allah, semoga aku terus diberi kekuatan..Amin

Mode : badmoood, angin pMS sudah mai.. 



Thursday 15 March 2012

Tengah Mencuba Produk U-Queen

Bila dengar ada produk yang agak best mulalah nak mencuba. dah bermacam-macam produk diambil. Tapi hasilnya macam tulah jugak. Agaknya produk tu yang kurang berkesan ke atau aku ni yang liat skit untuk mengambil secara berdisiplin. Aku memang payah untuk makan ubat2 or supplement ni. Kalau tak terpaksa, tak hingin aku. Sampai selalu kena marah oleh en. suami..huhu

Sebenarnya aku baru je mencuba produk ni, tak sampai pun sebulan. Antara sebab kenapa aku ambil produk ni kerana ia membekalkan tenaga luaran dan dalaman yang diperlukan oleh wanita berkerjaya masa kini. Ia membantu mengatasi masalah: 
1. keputihan dan sengugut, 
2. menguat dan merapatkan otot vagina (mengatasi masalah faraj longgar dan berair), 
3. mengencang payudara dan mengangkat punggung, 
4. memberi seri pada wajah,
5.  melewatkan menopause, dan 
6. mengeratkan hubungan suami isteri, 
7. membantu mengecutkan fibroid, cysts dan endometriosis, 
8. mencegah kanser, 
9. melancar / membersih darah serta peranakan.
( kredit to google )

Setakat ni tak rasa apa2 perubahan lagi. Cuma adala jugak terasa macam sakit or kejang di perut tempat yg ada sist tu. harap2 adalah perubahannya nanti.

Sunday 11 March 2012

Check Up & Follow Up

Antara rawatan yang pernah aku lakukan sepanjang 4 tahun lebih ni: ( serba ringkas)

2008 - treatment Clomid Hospital Penawar ( Dr M Tokha )
          - berurut
          - Pil Herba Cepat Mengandung ( Hajah Faridah )
          - treatment di KPJ Pakar Puteri ( Dr Laila )

2009 - April-Okt - Operate buang cyst (open surgery) & Hsg (Dr Tokha)
                           - follow up kena ambil suntikan hormon
                           - buah zuriat

2010 -Suplement Biodex
         - rawatan tradisional - Batu Pahat
         - rawatan gynea di HSI JB

2011- transfer gynea HSI ke GH Penang
        -IUI pertama kali
        - buah zuriat

2012 - Suplement U-Queen
        - rawatan tradisional - Triang, Pahang

      

Saturday 10 March 2012

First Time..

Ni kisah first time aku pergi buat check up ye..bukannya first time tut..
Aku berkahwin 2007 pada usia 27 tahun ( agak lewat bertemu jodoh) huhu..
Setelah 6 bulan berkahwin tiada apa2 tanda untuk hamil..so aku decide nak pergi check up
Pada mulanya aku hanya pergi check up di poliklinik. Tapi betapa terlukanya hatiku waktu itu kerana ditertawakan oleh doktor perempuan dan seorang nurse pada masa itu. Alasannya baru berkahwin 8 bulan dah kecoh, orang lain lagi lama menunggu. Aku masih ingat lagi dialog itu:
Doc  : bla bla bla..(soalan biasa ditanya untuk rawatan pertama kali )
Aku  : (Menjawab tanpa ragu-ragu)
Doc  : Dah berapa lama berkahwin?
Aku  : 8 bulan
Doc& nurse : (tersenyum sinis)..la baru lapan bulan? orang lain dah bertahun2 lagi lama menungu dik..
Aku : ( muka hampa )..saya nak tahu apa masalah saya aje..
Doc : tak apa..tunggu je dulu.kalau dah setahun lebih x pregnant jugak datang lagi nanti ye..
          Ada makan apa2 ubat kesuburan ke sebelum ni?
Aku : Tak ada, tapi pergi berurut dengan bidan adala..
Doc : Bidan tu kata apa?
Aku  : Peranakkan saya kat bawah..bila dah urut, dia naikkan sikit.
Doc & Nurse : (tergelak dengan jawapan aku, tanda x percaya dengan bidan)
Doc : Biar saya check perut awak ( aku baring, then dia rasa2 perutku)
         Ok, tak ada apa2 yang lain. ok je,, usaha gigih lagi ye..
        Dah pernah buat pap-smear?
Aku: Belum pernah buat lagi.

Doktor tu mengarahkan aku pergi buat pap-smear. Lepas buat tu nurse menerangkan test ni akan dihantar ke GH. Result akan dapat tahu dalam masa 2 minggu. Jika ada apa2 masalah hospital akan call, kalau tidak call tu maknanya result ok. Sampai ke sudah tak call2, maknanya ok la tu..

Friday 9 March 2012

Salam Perkenalan Pembuka Bicara

Salam perkenalan dihulurkan tanda pembuka bicara
Blog ini baru diwujudkan untuk tanda berkongsi rasa
Bersama rakan maya yang tidak putus asa
Mengharapkan satu sinar cahaya akan menjelma
Diharapkan kita semua tabah dan terus berusaha
Berdoa, Berusaha dan bertawakal kepada-Nya
Agar impian menjadi nyata...