Tuesday 19 January 2016

My 2WW

1dp3dt
Bed rest di hotel.. Makan baring je. Selera makan memang ok kali ni.Malam selepas et rasa susah sikit nak tidur. May be perubahan tempat tidur atau mungkin disebabkan ubat2an.
Bila nak bertolak balik rumah rasa sedikit sakit pinggang sebab agak lama dalam kereta. Jalan jem la pulak..

2dp3dt
Bed rest kat rumah pulak. Takde lah bed rest sepanjang masa. Bangun jugak masak simple2. Tekak pun takleh nak telan sangat mkanan kedai. Buat jugak keje2 ringan basuh pinggan sikit2.
Lepas buat keja rasa sakit mencucuk bahagian kanan pinggang. Huhu.. bed rest je lepas tu.. sakitnya on off gitu..

3dp3dt
Bangun pagi tak rasa sakit apa2. Hari ni kena jab Hucog yg kena prepare sendiri. Biasanya sebelum ni En. suami yang sediakan. Dah dia keje kenala buat sendiri. Lepas ambil hucog dah rasa sakit semula. Rasa cramp tu.

4dp3dt
Hampir setiap malam tidur yang tak berapa nak lena. Mesti terjaga tengah malam. Berpusing kiri kanan. Bangun pagi en.suami belikan breakfast roti canai & kuih2. Tak berapa selera nak makan. Just makan kuih, roti canai separuh & minum susu. Masa mandi tgh2 gosok gigi rasa loya. Terus terkeluar semua isi perut. Apasal ni? Sebab angin kah? Mlm td pun makan pun tak lalu.. memang banyak angin pun dalam badan sekarang ni.  Adakan sindrom OHSS sedang melanda? Oo.. tidak

Itu je dulu utk 1st 2ww ni..

3 comments:

  1. Be careful anida, tgk kalau ada tanda2 ohss terus pi hospital berdekatan. Take care.

    ReplyDelete
  2. Itula risau gak.. banyak simptom2 ohss ni..tapi on off la. Harap2 tak serius

    ReplyDelete
  3. Itula risau gak.. banyak simptom2 ohss ni..tapi on off la. Harap2 tak serius

    ReplyDelete