Friday 19 July 2013

Alkisah berat badan

Salam Jumaat semua...

Dah habis 1/3 Ramadhan dah termasuk hari ni. Ramai yang buat entry pasal berat badan. Mestila ramai yang dah turun berat puasa2 gini kan. Tahniah semua.. Mesti gembira tu...

Tapi bagi orang kurang BMI macam aku ni, sesuatu yang merunsingkan. Nak naik berat badan punya la susah tapi bab turun senang je.. Dari 50kg (dua bulan lps sblum pregnant)dah turun ke 47kg..kalo tak misc tempoh hari pegi chek perut mesti nurse marah.. Huhu

Banyak faktor juga juga sebab penurunan berat badanku ini.. Mungkin sebab runsing pasal bleeding sebelum misc dulu..memang tak lalu makan. Dah tu lepas d&c kena berpantang pulak 2 minggu.. sekarang dah boleh berpuasa, Insya Allah akan berpuasa hingga akhir Ramadhan. Jadi berat badan mungkin akan menurun lagi.. Adakah akan mencapai tahap masa zaman anak dara dulu, 45kg? oh..tidak..

Tapi itu semua tak penting..tak kisah la berat badan kita bertambah ke berkurang ke, janji sihat.. Ye dak??

No comments:

Post a Comment