Saturday 13 July 2013

Pengalaman Itu..

Salam Ramadhan semua..
Ramadhan yang syahdu bagiku tahun ini
Ketika umat Islam lain meraikan kehadiran Ramadhan
Aku pula kehilangan kehadiran yang ditunggu-tunggu selama ini 
Aku redha dengan kehilangan ini
Mungkin ada hikmah di sebalik semua yang berlaku ini
Ketika aku mengalami peristiwa 'bleeding' itu
Ketika itu juga ayahku diserang penyakitnya
Dalam solat dalam doaku tak putus2 berdoa
Untuk insan2 yang kusayang..
Mohon Allah selamatkan ayahku dan juga janin di dalam rahimku..
Namun Allah sudah merencanakan semua
Syukur Alhamdulillah ayahku sihat semula
Namun aku kehilangan 'dia'..
Aku bersyukur walaupun aku hanya mengenali dia
Hanya melalui denyutan jantungnya sahaja..
Aku bersyukur kerana dikurniakan suami
Yang sangat mengambil berat tentang diriku
Kerana dia terlalu baik
Aku merasa bersalah terhadapnya
Walaupun pengalaman ini pahit
tapi aku bersyukur atas segalnya
terima kasih Ya Allah kerana memberi nikmat itu
Walaupun hanya seketika.. 





No comments:

Post a Comment