Sunday 4 August 2013

Balik kampung

Alhamdulillah aku sekarang sudah pun bercuti. Lama juga tak sempat nak update blog kerana banyak perkara yang nak diselesaikan.

Sebenarnya aku dikejutkan dengan berita yg aku dpt transfer. Setelah bercuti lama bila start bkerja semula dapat surat pertukaran. Terkejut giler sebab memang tak sangka dapat pulak tu tarikh surat dah back dated. Memang kelam kabut nak settle kerja kat tempat lama, nak lapor diri kat tempat baru lg..Dan semuanya dah settla baru balik kampung dengan aman.

Sekarang aku dah berada di kampungku untuk merasa nikmat berpuasa bersama keluargaku. Sepanjang berpuasa sebelum ni bersama family mil di utara dan kali ni berpeluang berpuasa di kampungku di pantai timur. Seronok la jugak walaupun sempat berpuasa beberapa hari saja di sini.

Sebenarnya tahun ni turn beraya di utara. So balik la sekejap utk berpuasa di sini.tapi sehari dua sebelum raya akan balik ke sana semula utk beraya. Tahun ni raya haji pula akan beraya di sini. Nasibla..dah jodoh dengan orang jauh..terpaksala ikut turn..

Akhir sekali aku nak ucapkan:
Selamat menunaikan ibadah di akhir ramadhan ni
Selamat pulang ke kampung
Selamat membuat persiapan raya
Selamat Hari Raya & maaf zahir batin

1 comment:

  1. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, resepi dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete