Friday, 11 March 2016

Allah Yang Maha Berkuasa

Assalamualaikum..
Entry sambungan daripada sebelum ni.. Dan inilah keputusannya. Waktu yang ditunggu2 telah tiba. Dengan keadaan yang tidak disangka2. Alhamdulillah aku amat bersyukur dengan nikmat pemberianMu ini. Setelah 8 tahun menunggu dan ini adalah kali kedua yang mana kali pertama dulu hadir hanya untuk seketika. Harapan kali ini agar selamat hingga ke akhirnya.

Kita hanya merancang, tetapi Allah yang menentukan segalanya. Januari buat IVF failed.Doktor kata kena tunggu 3 bulan lagi untuk sambung IVF lagi. Dalam masa tu try la sendiri.February period delayed  test sekali sahaja hasilnya positive.

Tiada yang mustahil bagi Allah. Apa yang kita lakukan hanyalah berdoa +usaha+ tawakal. Semoga TTCian yang lain juga akan mendapat good news seperti ni jugak satu masa nanti. Aamiin...



Thursday, 3 March 2016

Post ivf

Adui.. lama bebenor tuan rumah nak mengupdate apa story atau result lepas buat ivf januari lalu..
Dukacita dimaklumkan result ivf BFN. sebab tu lah payah betul nak diupdate kat sini.. 
Now dah lebih sebulan lepas period pertama lepas ivf x berjaya.. and guess what? My period delayed dah seminggu.. jeng3.. cerita selanjutnya next entry.. muka senyum ☺

Tuesday, 19 January 2016

My 2WW

1dp3dt
Bed rest di hotel.. Makan baring je. Selera makan memang ok kali ni.Malam selepas et rasa susah sikit nak tidur. May be perubahan tempat tidur atau mungkin disebabkan ubat2an.
Bila nak bertolak balik rumah rasa sedikit sakit pinggang sebab agak lama dalam kereta. Jalan jem la pulak..

2dp3dt
Bed rest kat rumah pulak. Takde lah bed rest sepanjang masa. Bangun jugak masak simple2. Tekak pun takleh nak telan sangat mkanan kedai. Buat jugak keje2 ringan basuh pinggan sikit2.
Lepas buat keja rasa sakit mencucuk bahagian kanan pinggang. Huhu.. bed rest je lepas tu.. sakitnya on off gitu..

3dp3dt
Bangun pagi tak rasa sakit apa2. Hari ni kena jab Hucog yg kena prepare sendiri. Biasanya sebelum ni En. suami yang sediakan. Dah dia keje kenala buat sendiri. Lepas ambil hucog dah rasa sakit semula. Rasa cramp tu.

4dp3dt
Hampir setiap malam tidur yang tak berapa nak lena. Mesti terjaga tengah malam. Berpusing kiri kanan. Bangun pagi en.suami belikan breakfast roti canai & kuih2. Tak berapa selera nak makan. Just makan kuih, roti canai separuh & minum susu. Masa mandi tgh2 gosok gigi rasa loya. Terus terkeluar semua isi perut. Apasal ni? Sebab angin kah? Mlm td pun makan pun tak lalu.. memang banyak angin pun dalam badan sekarang ni.  Adakan sindrom OHSS sedang melanda? Oo.. tidak

Itu je dulu utk 1st 2ww ni..

Monday, 18 January 2016

ET day...

15/1/2016

Sehari selepas OPU aku dikehendaki call ivf centre untuk tahu bila tarikh embrio transfer. Dimaklumkan prosesnya pada hari ke-3. Bgtau bila dah sampai penang bridge minum siap2 air 500ml. Yg jadi masalahnya pagi tu aku ada masalah cerry berry may be disebabkan ubat cuci usus yg diambil 2 hari sebelum...segala air yg diminum keluar dan bladder kosong.

8:00: breakfast dulu kat cafe hospital. Terus minum air banyak2
8.30: Di ivf centre terus dipanggil tukar baju sebab orang yang pertama. Alamak.. tak rasa nak kencing lagi. Nurse paksa minum air lebih banyak lagi..
9.00: Doktor dah sampai then teruskan embrio transfer. Tak lama pun proses tu.
9.30 : baring dan rehat dulu. Doktor datang terang dia dah masukkan 2 embrio sahaja. Daripada 7 ovum yg dapat 3 sahaja yang jadi embrio. 1 lagi low qualiti. So tak ada simpanan la.hmmm..
10.00: Dah tak tahan sangat nak kencing so bangun untuk ke toilet. Lepas ambil ubat & mc dah dibenarkan balik pun. Cuma pandai2 la jalan slow2..
11.00: En.suami bagitau kita tak payah balik rumah lagi. Tup2 dia bawak pi check in hotel Eastin berhampiran Queensbay. So kita bed rest kat hotel je.

Maka bermulalah 2WW ku..


Sunday, 17 January 2016

OPU day..

13/1/2016

Pagi2 lagi dah sampai di hospital untuk register admission. Terus ke wad still awal sebab giliran utk opu orang ke-3. En. Suami sepatutnya ke pusat ivf utk ambil sperm. Minta kebenaran nurse untuk teman dia. Nurse agak susah beri kebenaran tp lepas dia bincang dgn ivf centre dibenarkan untuk 'proses' di bilik wad tu memandangkan bilik masih kosong. Nurse kata dia akan lock pintu bilik dari luar dan alarm bila selesai..hihi

8.30 :nurse dah sambungkan jarum dan beri antibiotik & ubat separa sedar. 
9.30: disorong ke bilik ivf diberikan ubat tidur terus. Tak tau bila prosidur mula, disorong balik ke wad.
2.00: baru sedar.. mintak air dan baru rasa lapar sbb puasa dari malam sebelumnya.
3.00 : nurse datang berikan ubat, terangkan apa2 yang patut.Dia bagitau dah boleh balik kalau dah rasa ok.
5.00: Siap2. Check out dari hospital


Wednesday, 13 January 2016

Ivf ku..

Assalamualaikum...
Tengok tajuk pun dah tau my next level mencuba melalui ivf. Pi consult dgn pakar fertility tu pun terus dia cadangkan buat ivf. Lagipun aku ke sana suggestion kawanku yg mengatakan ramai yg berjaya conceive dgn doctor ni. First time pi jumpa doktor ni punyala lama menunggu  kerana betapa ramainya patients dia. Mostly chinese and indonesians.. bayangkan yang dari Medan @ Jakarta datang mai buat treatment dengan doc Ng di Penang ni..melayu jarang2 je. Sebenarnya sebelum ni nak try dengan LPPKN tp rawatan seterusnya kena pergi ke Ipoh @ Kuala Lumpur..jauh tu. 

Berbalik kepada ivf ku.. hasil result ujian menunjukkan ovariku hanya ada sebelah..so doctor hanya dapat ambil telur dr ovari kiri sahaja. Ovari kananku rosak akibat operation buang ovarian syst suatu masa dulu. My husband pulak ada masalah sperm countnya x banyak. Tp melalui ivf ni masalah dapat di atasi..

So doktor ambil prosedur yang long term utkku. Start awal cuti sekolah tu maka bermulala appointment2 & ambil ubat itu ini lebih kurang 6 minggu. Kos lebih kurang rm4K..Ingatkan boleh start prosedur dalam cuti sekolah tapi terlajak jugak..

Next prosedur next entry

Tuesday, 12 January 2016

Kembali ttc...

Assalamualaikum w.b.t
Masih wujud lagi blog ku ini? Nasib baik masih ingat nak password nak login blog ni.. entry terakhir 2013?
Oo.. emm.. gee.. ok tuan tanah mai nak sapu sawang2 dulu.. x banyak cerita ttc yang dikumpul dalam masa 2 tahun lebih ni..
Dan sekarang dah kembali nak berusaha & nekad untuk ke level seterusnya. Semoga Allah permudahkan segalanya..
Insyaa Allah akan kutitipkan segalanya di sini untuk tatapan di masa hadapan.


Sunday, 4 August 2013

Balik kampung

Alhamdulillah aku sekarang sudah pun bercuti. Lama juga tak sempat nak update blog kerana banyak perkara yang nak diselesaikan.

Sebenarnya aku dikejutkan dengan berita yg aku dpt transfer. Setelah bercuti lama bila start bkerja semula dapat surat pertukaran. Terkejut giler sebab memang tak sangka dapat pulak tu tarikh surat dah back dated. Memang kelam kabut nak settle kerja kat tempat lama, nak lapor diri kat tempat baru lg..Dan semuanya dah settla baru balik kampung dengan aman.

Sekarang aku dah berada di kampungku untuk merasa nikmat berpuasa bersama keluargaku. Sepanjang berpuasa sebelum ni bersama family mil di utara dan kali ni berpeluang berpuasa di kampungku di pantai timur. Seronok la jugak walaupun sempat berpuasa beberapa hari saja di sini.

Sebenarnya tahun ni turn beraya di utara. So balik la sekejap utk berpuasa di sini.tapi sehari dua sebelum raya akan balik ke sana semula utk beraya. Tahun ni raya haji pula akan beraya di sini. Nasibla..dah jodoh dengan orang jauh..terpaksala ikut turn..

Akhir sekali aku nak ucapkan:
Selamat menunaikan ibadah di akhir ramadhan ni
Selamat pulang ke kampung
Selamat membuat persiapan raya
Selamat Hari Raya & maaf zahir batin

Friday, 19 July 2013

Alkisah berat badan

Salam Jumaat semua...

Dah habis 1/3 Ramadhan dah termasuk hari ni. Ramai yang buat entry pasal berat badan. Mestila ramai yang dah turun berat puasa2 gini kan. Tahniah semua.. Mesti gembira tu...

Tapi bagi orang kurang BMI macam aku ni, sesuatu yang merunsingkan. Nak naik berat badan punya la susah tapi bab turun senang je.. Dari 50kg (dua bulan lps sblum pregnant)dah turun ke 47kg..kalo tak misc tempoh hari pegi chek perut mesti nurse marah.. Huhu

Banyak faktor juga juga sebab penurunan berat badanku ini.. Mungkin sebab runsing pasal bleeding sebelum misc dulu..memang tak lalu makan. Dah tu lepas d&c kena berpantang pulak 2 minggu.. sekarang dah boleh berpuasa, Insya Allah akan berpuasa hingga akhir Ramadhan. Jadi berat badan mungkin akan menurun lagi.. Adakah akan mencapai tahap masa zaman anak dara dulu, 45kg? oh..tidak..

Tapi itu semua tak penting..tak kisah la berat badan kita bertambah ke berkurang ke, janji sihat.. Ye dak??

Tuesday, 16 July 2013

Berpantang

Sudah genap seminggu berpantang
Orang lain genap seminggu berpuasa
Apa boleh buat kita hanya merancang
Tuhan yang menentukan.
Aku berpantang dijaga oleh en.suami saja
Taknak menyusahkan orang tua
Jadi segalanya diuruskan oleh en.suami
Makan sangat dijaga tak boleh makan itu ini
Langsung tak boleh buat kerja itu ini
Hatta nak angkat 1 cawan atau 1 pinggang
Bagi je arahan semuanya dia yg buat.
Kadangkala sedih jugak bila time berbuka
Dia hanya makan lauk yang dibeli sahaja
Aku tak boleh nak masakkan makanan yg special
Untuk santapan berbukanya.

Saturday, 13 July 2013

Pengalaman Itu..

Salam Ramadhan semua..
Ramadhan yang syahdu bagiku tahun ini
Ketika umat Islam lain meraikan kehadiran Ramadhan
Aku pula kehilangan kehadiran yang ditunggu-tunggu selama ini 
Aku redha dengan kehilangan ini
Mungkin ada hikmah di sebalik semua yang berlaku ini
Ketika aku mengalami peristiwa 'bleeding' itu
Ketika itu juga ayahku diserang penyakitnya
Dalam solat dalam doaku tak putus2 berdoa
Untuk insan2 yang kusayang..
Mohon Allah selamatkan ayahku dan juga janin di dalam rahimku..
Namun Allah sudah merencanakan semua
Syukur Alhamdulillah ayahku sihat semula
Namun aku kehilangan 'dia'..
Aku bersyukur walaupun aku hanya mengenali dia
Hanya melalui denyutan jantungnya sahaja..
Aku bersyukur kerana dikurniakan suami
Yang sangat mengambil berat tentang diriku
Kerana dia terlalu baik
Aku merasa bersalah terhadapnya
Walaupun pengalaman ini pahit
tapi aku bersyukur atas segalnya
terima kasih Ya Allah kerana memberi nikmat itu
Walaupun hanya seketika.. 





Friday, 12 July 2013

Suka dan duka 2013

Sambungan entry yg lepas..
Memang betul dapat upt positive
Pertama kali selepas 5 tahun kahwin
Lama menunggu kan??...
oklah.. Ni catatan serba ringkas

18/5/13 : Tarikh LMP
17/6/13: Check upt +ve
22/6/13: Buka buku merah ( 5w 2d )
4/7/13 : spotting brownish pergi emergency
scan baby ok ( 6w 2d)
balik rumah still bleeding
6/7/13: Admitted- scan baby dah nampak heartbeat
doc bagi ubat duphaston
9/7/13 : bleeding + sakit2 cramp bahagian perut (7w 3d)
Admitted - doctor scan dh tak jumpa heartbeat baby..ada kantung je
ERPOC / d&c

Sekarang ni tengah duk berpantang.. :'(

Kembali berblogging?

Lamanya tuan punye blog meninggalkan blognya
Kesian kat blog.. Setahun dipinggirkan
Tuannya merajuk kah?
Bukan merajuk cuma berhenti memikirkan seketika
Berkaitan ttc
Bukan berputus asa cuma tak nak fikir sangat
Dalam tak fikir2 tu tup tup...



to be continued..

Sunday, 22 July 2012

First Day Puasa

Alhamdulillah masih diberi peluang untuk menunaikan ibadah puasa tahun ni. Apabila puasa mula la kaum ibu(walaupun aku masih belum bgelar ibu..huhu) sibuk memikirkan juadah utk hidangan berbuka atau bersahur.

Hari pertama kitorang bersahur menu simple je. Tapi bila time berbuka mestila kena spesial sikit kan. Berbuka di rumah mil so dah pakat dgn sil2 utk buat potluck berbuka. Menu yg disediakan olehku:
1. Kari ikan talang masin
2. kerabu mangga
3. puding karamel

My sil dh bgtau jangan masak banyak2 sebab dia sendiri dh masak banyak:
4. ikan bakar
5. gulai nenas+udang
6. sambal/ air asam

And then ada hidangan lain yg dibawa oleh adik beradik lain di beli di pasar ramadhan:
7. ayam pusing
8.satay
9.goreng cempedak, serawa pisang- homemade
10. air

banyak jugak rupanya hidangan bila masing2 bawak. Walaupun banyak alhamdulillah semua dpt dihabiskan.

posted from Bloggeroid

Cerita sebelum puasa





Ni cerita sebelum puasa. Hari jumaat biasala kawan2 kat tempat kerja ajak buat potluck. Tapi kali ni lain sikit. Bukannya masing2 bawa makanan tp kitorang collect duit. So inila menunya..
1. nasi arab
2. satay
3. mihun sup
4. rojak buah
5. kek
6. kuih raya..hihi

posted from Bloggeroid

Saturday, 7 July 2012

Homemade pineapple tart

Mood untuk mencuba resepi kuih raya..then teringin nak try buat tart nenas sendiri.biasanya tiap2 tahun mesti beli tart nenas ni sebab hubby suka sangat dengan tart ni.

Bila beli tu biasa la..ada je rasa yg tak kena. So raya tahun ni nak try buat sendiri je la..Bila buat sendiri tu biasala first time memang x berapa nak jadi tapi okla nak makan sendiri.So bolehla improve lg next time..huhu






posted from Bloggeroid

Wednesday, 4 July 2012

W.W

Masih lagi berkursus
2-6 Julai 2012
Bosannyaaa...
posted from Bloggeroid

Monday, 2 July 2012

Medan view..

Cerita lama yg baru nak diupdate.
Dah basi dah pun..huhu
Tapi upload jugak mana2 gambar
yg ada kat dalam fon
Gambar2 lain banyak yg kat
Dalam kamera


Swimming pool hotel Patra Jasa
di Parapat



@ Sinabong Hills Resort di Berastagi 



Masjid Raya
posted from Bloggeroid

Saturday, 30 June 2012

Dah tau apa puncanya...

Salam. Aduh.. lamanya blog ni tak diupdate. bukannya tak ada story yang nak disampaikan cuma tahap kerajinan tu yang tak ada...Huhu..sadis sunnguh..Walaupun blog ni tidak diupdate tapi tuannya sempat juga terjah blog orang lain untuk mengetahui perkembangan terkini masing-masing..

Berbalik pada tajuk entry.. alkisahnya kami dah pergi berurut dengan seorang bidan di utara ni.. Bidan ni dengarnya orang yang banyak tahu menahu la pasal sakit puan ni kerana dia ni bekas staffnurse di hospital. Umur dia dah 70an tapi masih kuat. Ramai yang pergi berurut dengannya. Nak berurut tu siap tunggu giliran, kena ambil nombor dulu. macam nak jumpa dengan gynea pulak..huhu.. Kebanyakkan yang pergi berurut dengan dia sebab ada masalah dengan kandungan, berurut selepas bersalin, berurut badan, ttcian, banyak kes jugak la..

Bila dah sampai giliranku, dah bersoal jawab serba sedikit maka dia pun chek la apa masalahnya. Urut perut, urut belakang, dan lepas tu dia pakai glove.. Faham2 je la dia nak buat apa kan. Dia hanya gunakan jarinya then dia kata.. 'dah tau dah apa sebabnya... kedudukan rahim tak betul'. Dulu pernah berurut, bidan dulu pun bagitau macam ni jugak.. Bidan tu pun urut2 la apa yang patut. Dia suruh datang lagi nanti untuk lihat kedudukan tu beralih ke tak. kalau ye, kenala berurut lagi..begitula seterusnya..

Itula usahaku untuk bulan ni.. Bulan lepas tak diupdate sangat coz p.j.j dengan suami..

Sunday, 10 June 2012

Blog terbiar sepi

Sudah lama blog ni terabai
Kerana tuannya takde story
Yg nak diupdate
Lagipun sepanjang waktu cuti
Berada di kampung maka
Line internet pun tersangatla laju
Dengan line gprsnya itu..huhu

posted from Bloggeroid