Sunday, 17 January 2016

OPU day..

13/1/2016

Pagi2 lagi dah sampai di hospital untuk register admission. Terus ke wad still awal sebab giliran utk opu orang ke-3. En. Suami sepatutnya ke pusat ivf utk ambil sperm. Minta kebenaran nurse untuk teman dia. Nurse agak susah beri kebenaran tp lepas dia bincang dgn ivf centre dibenarkan untuk 'proses' di bilik wad tu memandangkan bilik masih kosong. Nurse kata dia akan lock pintu bilik dari luar dan alarm bila selesai..hihi

8.30 :nurse dah sambungkan jarum dan beri antibiotik & ubat separa sedar. 
9.30: disorong ke bilik ivf diberikan ubat tidur terus. Tak tau bila prosidur mula, disorong balik ke wad.
2.00: baru sedar.. mintak air dan baru rasa lapar sbb puasa dari malam sebelumnya.
3.00 : nurse datang berikan ubat, terangkan apa2 yang patut.Dia bagitau dah boleh balik kalau dah rasa ok.
5.00: Siap2. Check out dari hospital


Wednesday, 13 January 2016

Ivf ku..

Assalamualaikum...
Tengok tajuk pun dah tau my next level mencuba melalui ivf. Pi consult dgn pakar fertility tu pun terus dia cadangkan buat ivf. Lagipun aku ke sana suggestion kawanku yg mengatakan ramai yg berjaya conceive dgn doctor ni. First time pi jumpa doktor ni punyala lama menunggu  kerana betapa ramainya patients dia. Mostly chinese and indonesians.. bayangkan yang dari Medan @ Jakarta datang mai buat treatment dengan doc Ng di Penang ni..melayu jarang2 je. Sebenarnya sebelum ni nak try dengan LPPKN tp rawatan seterusnya kena pergi ke Ipoh @ Kuala Lumpur..jauh tu. 

Berbalik kepada ivf ku.. hasil result ujian menunjukkan ovariku hanya ada sebelah..so doctor hanya dapat ambil telur dr ovari kiri sahaja. Ovari kananku rosak akibat operation buang ovarian syst suatu masa dulu. My husband pulak ada masalah sperm countnya x banyak. Tp melalui ivf ni masalah dapat di atasi..

So doktor ambil prosedur yang long term utkku. Start awal cuti sekolah tu maka bermulala appointment2 & ambil ubat itu ini lebih kurang 6 minggu. Kos lebih kurang rm4K..Ingatkan boleh start prosedur dalam cuti sekolah tapi terlajak jugak..

Next prosedur next entry

Tuesday, 12 January 2016

Kembali ttc...

Assalamualaikum w.b.t
Masih wujud lagi blog ku ini? Nasib baik masih ingat nak password nak login blog ni.. entry terakhir 2013?
Oo.. emm.. gee.. ok tuan tanah mai nak sapu sawang2 dulu.. x banyak cerita ttc yang dikumpul dalam masa 2 tahun lebih ni..
Dan sekarang dah kembali nak berusaha & nekad untuk ke level seterusnya. Semoga Allah permudahkan segalanya..
Insyaa Allah akan kutitipkan segalanya di sini untuk tatapan di masa hadapan.


Sunday, 4 August 2013

Balik kampung

Alhamdulillah aku sekarang sudah pun bercuti. Lama juga tak sempat nak update blog kerana banyak perkara yang nak diselesaikan.

Sebenarnya aku dikejutkan dengan berita yg aku dpt transfer. Setelah bercuti lama bila start bkerja semula dapat surat pertukaran. Terkejut giler sebab memang tak sangka dapat pulak tu tarikh surat dah back dated. Memang kelam kabut nak settle kerja kat tempat lama, nak lapor diri kat tempat baru lg..Dan semuanya dah settla baru balik kampung dengan aman.

Sekarang aku dah berada di kampungku untuk merasa nikmat berpuasa bersama keluargaku. Sepanjang berpuasa sebelum ni bersama family mil di utara dan kali ni berpeluang berpuasa di kampungku di pantai timur. Seronok la jugak walaupun sempat berpuasa beberapa hari saja di sini.

Sebenarnya tahun ni turn beraya di utara. So balik la sekejap utk berpuasa di sini.tapi sehari dua sebelum raya akan balik ke sana semula utk beraya. Tahun ni raya haji pula akan beraya di sini. Nasibla..dah jodoh dengan orang jauh..terpaksala ikut turn..

Akhir sekali aku nak ucapkan:
Selamat menunaikan ibadah di akhir ramadhan ni
Selamat pulang ke kampung
Selamat membuat persiapan raya
Selamat Hari Raya & maaf zahir batin

Friday, 19 July 2013

Alkisah berat badan

Salam Jumaat semua...

Dah habis 1/3 Ramadhan dah termasuk hari ni. Ramai yang buat entry pasal berat badan. Mestila ramai yang dah turun berat puasa2 gini kan. Tahniah semua.. Mesti gembira tu...

Tapi bagi orang kurang BMI macam aku ni, sesuatu yang merunsingkan. Nak naik berat badan punya la susah tapi bab turun senang je.. Dari 50kg (dua bulan lps sblum pregnant)dah turun ke 47kg..kalo tak misc tempoh hari pegi chek perut mesti nurse marah.. Huhu

Banyak faktor juga juga sebab penurunan berat badanku ini.. Mungkin sebab runsing pasal bleeding sebelum misc dulu..memang tak lalu makan. Dah tu lepas d&c kena berpantang pulak 2 minggu.. sekarang dah boleh berpuasa, Insya Allah akan berpuasa hingga akhir Ramadhan. Jadi berat badan mungkin akan menurun lagi.. Adakah akan mencapai tahap masa zaman anak dara dulu, 45kg? oh..tidak..

Tapi itu semua tak penting..tak kisah la berat badan kita bertambah ke berkurang ke, janji sihat.. Ye dak??

Tuesday, 16 July 2013

Berpantang

Sudah genap seminggu berpantang
Orang lain genap seminggu berpuasa
Apa boleh buat kita hanya merancang
Tuhan yang menentukan.
Aku berpantang dijaga oleh en.suami saja
Taknak menyusahkan orang tua
Jadi segalanya diuruskan oleh en.suami
Makan sangat dijaga tak boleh makan itu ini
Langsung tak boleh buat kerja itu ini
Hatta nak angkat 1 cawan atau 1 pinggang
Bagi je arahan semuanya dia yg buat.
Kadangkala sedih jugak bila time berbuka
Dia hanya makan lauk yang dibeli sahaja
Aku tak boleh nak masakkan makanan yg special
Untuk santapan berbukanya.

Saturday, 13 July 2013

Pengalaman Itu..

Salam Ramadhan semua..
Ramadhan yang syahdu bagiku tahun ini
Ketika umat Islam lain meraikan kehadiran Ramadhan
Aku pula kehilangan kehadiran yang ditunggu-tunggu selama ini 
Aku redha dengan kehilangan ini
Mungkin ada hikmah di sebalik semua yang berlaku ini
Ketika aku mengalami peristiwa 'bleeding' itu
Ketika itu juga ayahku diserang penyakitnya
Dalam solat dalam doaku tak putus2 berdoa
Untuk insan2 yang kusayang..
Mohon Allah selamatkan ayahku dan juga janin di dalam rahimku..
Namun Allah sudah merencanakan semua
Syukur Alhamdulillah ayahku sihat semula
Namun aku kehilangan 'dia'..
Aku bersyukur walaupun aku hanya mengenali dia
Hanya melalui denyutan jantungnya sahaja..
Aku bersyukur kerana dikurniakan suami
Yang sangat mengambil berat tentang diriku
Kerana dia terlalu baik
Aku merasa bersalah terhadapnya
Walaupun pengalaman ini pahit
tapi aku bersyukur atas segalnya
terima kasih Ya Allah kerana memberi nikmat itu
Walaupun hanya seketika..